Kerana dia,aku & engkau.......




Berdirinya aku disini..
Dengan langkah kaki..
Seperti hari hari biasa..
Tapi sejak "hari itu" serta merta
hari hari ku berbeda dari yang biasa..
Betapa payah dan peritnya hari yang aku lalui
Tanpa dirimu..Tanpa kasih sayangmu..Tanpa cintamu...
Tanpa senyum tawamu..Tanpa bau dari tubuh badanmu..
Tanpa senda guraumu..Tanpa ucapan kata-kata indah yang keluar dari bibirmu..
Semuanya tentang dirimu...Ahhhh!
Betapa sukar hidupku tanpa yang datangnya darimu..
Adakah kau tahu betapa kau istimewa dalam hidupku..
Seperti terbayang bayang lagi saat dan ketikanya kau memutuskan ku...
Kau menggenggam erat tangan ku..
Merenung mataku dalam-dalam.
Betapa payahnya engkau untuk mengucapkan kata perpisahan..
Mengapa kau memutuskan aku...
Sedangkan kau kata padaku yang aku tidak pernah melakukan kesilapan..
Kerana kehadiran dia...Ya..kehadiran dia dalam hidupmu...
Dengan mudah perasaan engkau beralih arah kepadanya..
Kerana dia...Kau lupa segala janji kita bersama..
Kerana dia...Kau lupa tujuan kita bersama...
Kerana dia...Kau mungkiri semua yang telah kita impikan bersama...
Kerana dia...Kau lebih rela membuat hati aku terluka..
Kerana dia...Kau sanggup membiarkan aku sendiri tanpa alasan yang pasti..
Kerana dia...Kau tinggalkan aku tanpa sebab...
Setelah susah senang kita bersama selama setahun,dengan mudahnya kau membiarkan aku
dan melangkah pergi tanpa perdulikan aku lagi...
Kau telah memberi ku harapan..Dan kau lah yang memusnahkan semuanya...
Tahukah engkau..aku terlalu menyintai dan memerlukan dirimu dalam hidupku...
Betapa bodohnya aku kerana masih mengharap pada yang bukan menjadi milikku lagi..
Dengarlah sayang...betapa perit dan payahnya aku untuk terus terusan melangkah tanpa dirimu di sisi...
Semoga tuhan aturkan yang terbaik untuk ku dan dirimu...

0 sudi comment: